Friday 16 December 2011

.:. mencorakkan canvas yg putih .:.

betul kata orang kanak2 bagaikan canvas yg putih, warna putih seperti hati mereka yg tulus.. kalau kena coraknya pasti akan cantik dan tinggi harganya..
baru jer 2 bulan lepas kami sekeluarga sebulat suara menghantar
adik bongsu ke tahfiz, yea dia sgt kecik darjah 3 jer, dan size bdn nya jugak
agak kecil, tapi melihatkan dirinya yg da semakin terumbang ambing 
masakan budak darjah tiga sudah tegar utk ponteng sekolah,
sikapnya betul2 menguji hati kami sekeluarga..
walaupun msh kecil dia keras hati, membuatkan kami betul2 nekad kali nie,
awal nov kami hantarkan dia ke sekolah tahfiz.. tiada air mata yg menitis yg keluar dri 
mata dia.. keras sungguh kah hati dia smpaikan tidak menagis..
hari demi hari berlalu, mama yg rawan hati sbb
tiada lg adik yg manja2 yg sentiasa melakukan macam2 perkara
semata2 utk menarik perhatian kami semua..

kami sebenarnya takut nak pergi melawat dia, sbb risau dia akn
protes nk ikut balik, tp sangkaan kami meleset.. dia biasa2 sajer.
dia ada ckp juga dia rindukan mama tp tidak memaksa utk di ambik pulang..
cara dia bercakap dan tingkah laku telah byk berubah..
lebih sopan.. alhamdulilah.. meskipun semntra dia telah berubah..
moga ke arah kebaikan.. solat skrng betul2 ikut masa, kadang aku pula
yg tersegan sbb slalu sajer melewatkan solat..

adik ku bgaikan canvas putih yg telah di corakkan dgn indahnya,
Ya Allah peliharakn lah keluarga kami yg serba kekurangan yg sering lupa
pada ajaran mu, moga kami mendapat keberkatan dariMu.. 
jgn lah kau jadi kan kami alpa dan sombong dgn apa yg kami ada
amin ya rabulalamin


me and upal(we call him ustaz kecik ehe)

.:. that's it for now titik .:.  



Monday 5 December 2011

.:. sepetang di kolam pancing .:.

pagi ahad yg lepas.. jiwa aku masih terasa kosong.. isnin da mendekati,
tapi kaki terasa berat melangkah ke ofis..
terasa ingin lari dari masalah sbb aku x nak tahu apa kesudahannya..
 
pd hari yg sama,
si dia mengajak aku ikut dia memancing.. hurm aku suka ikut org g memancing
aku bukan reti memancing tapi boleh jer duk diam tunggu ikan sangkut..
dlm aku tgh duduk termanggu tunggu ikan, aku perasan byk sgt
persamaan antara memancing dan kehidupan.. antaranya
 
tali pancing kalau di tenung tanpa berkelip mesti akan buat kepala png dan mata berair, maka sama jugak dgn masalah.. lagi di tenung lg serabut..
dari di tenung baik cuba cari solution masalah dan pada masa yg sama
nikmati apa yg berlaku di sekeliling kita..

memancing perlukan skil dan keyakinan.. 
ada cara utk taw samada ikan da mkn umpan ker x, kalau kita cepat perasan untung 
la, kalau lambat melepas la.. kehidupan jugak mcm tu, dlm kerja 
perlu ada skil tertentu untuk berjaya dan apa yg ptg keyakinan

dan kesimpulan yg last sekali adalah "nasib" kadang2 kita da abis guna cara
skil, umpan yg baik tapi still kadang2 ikan terlepas, kadang2 terlucut
jugak dlm gengaman.. kehidupan pun mcm tu, mcm mana bijak pun kita,
nasib ttp memainkan peranan.. ada kalanya nasib x menyebelahi kita jd
spt memancing kita kena la tarik tali pancing dan psg "umpan" baru =)

sgt sama.. pada hari tu jugak confident level aku da increase 80%
hari nie aku bekerja dgn focus pd dri sndri, x pyh nk fikir sal org lain..
alhamdulilah.. kerja hari nie sukses..
dan yg paling penting aku rasa aku da boleh bgn blk..

rezeki di tgnNya.. aku telah berusaha, selagi ada daya tidak akan aku meminta
andai tertutup pintu rezeki di sini satu hari nanti, insyallah aku akan sentiasa
ingat utk sentiasa memasang harapan baru.. seperti pancing yg dilontarkan umpan baru..

hasil tangkapan hari tu.. banyak kan? rezeki ehe 3 daripadanya aku yg tngkp..
tapi tunjuk ajar dri si dia jugak la =)

.:. that's it for now titik .:.  


Saturday 3 December 2011

.:. membina sebuah keyakinan dlm diri .:.

seakan x berdaya mengharungi dugaan kali ini.. 
badai dtg dari org2 yg aku syg dan aku rasakan rapat.. salah aku jua, terlalu mudah mempercayai.. x pernah kah aku belajar dari kesilapan yg lalu ..

berkali2 aku harus ingatkan diri.. 
jgn mudah mempercayai kawan..
jgn buta membezakan sahabat dan kawan..
kenapa perlu mengasari ketika berbicara.. andai soalan di tanya dgn cara yg
baik adakah rugi anda membalasnya dgn cara yg baik..
sbg kawan kita harus la membela andai kawan di timpa masalah
bukan tambah mencela..

keyakinan dlm diri ku makin pudar dgn situasi ini..
di tambah pula dgn masalah kerjaya.. berlaku salah faham dan juga
ada di antaranya "ya" berpunca dari silap ku sendiri..
aku cuba hadapi.. mengaku apa yg slh dan menjelaskan apa yg 
kabur.. tapi bukan sng membina keyakinan pd org lain,
apatah aku sendri sudah  hilang keyakinan pd org di sekeliling ku,
dan yg paling teruk aku sendri sudah hlg keyakinan dlm diri aku sendiri..

aku cuba bangkit tapi terasa sukar, family tiada di sisi untuk menyokong..
apakan daya aku x pasti bagaimana nk bertarung..
perisai apakah yg harus aku gunakan untuk aku hadapi semua nie..
aku berdoa moga di permudahkan urusan olehNya..

pernah aku cuba luahkan perasaan ini pd seseorang, tp mungkin dia
da x mampu mendengar masalah aku lagi..
aku x nak akhirnya aku end up bergadoh dgn dia semata2 kerana masalah aku..

jadi conclusion nya aku simpan semua sendiri..
biar x ada yg tahu..
saket atau senang biar la tangung sendiri..
kerana ramai yg boleh berdiri sebelah kita saat kita ketawa,
tapi x ramai yg mampu bertahan di sebelah kita saat kita menangis..

.:. that's it for now titik .:.