Friday 16 December 2011

.:. mencorakkan canvas yg putih .:.

betul kata orang kanak2 bagaikan canvas yg putih, warna putih seperti hati mereka yg tulus.. kalau kena coraknya pasti akan cantik dan tinggi harganya..
baru jer 2 bulan lepas kami sekeluarga sebulat suara menghantar
adik bongsu ke tahfiz, yea dia sgt kecik darjah 3 jer, dan size bdn nya jugak
agak kecil, tapi melihatkan dirinya yg da semakin terumbang ambing 
masakan budak darjah tiga sudah tegar utk ponteng sekolah,
sikapnya betul2 menguji hati kami sekeluarga..
walaupun msh kecil dia keras hati, membuatkan kami betul2 nekad kali nie,
awal nov kami hantarkan dia ke sekolah tahfiz.. tiada air mata yg menitis yg keluar dri 
mata dia.. keras sungguh kah hati dia smpaikan tidak menagis..
hari demi hari berlalu, mama yg rawan hati sbb
tiada lg adik yg manja2 yg sentiasa melakukan macam2 perkara
semata2 utk menarik perhatian kami semua..

kami sebenarnya takut nak pergi melawat dia, sbb risau dia akn
protes nk ikut balik, tp sangkaan kami meleset.. dia biasa2 sajer.
dia ada ckp juga dia rindukan mama tp tidak memaksa utk di ambik pulang..
cara dia bercakap dan tingkah laku telah byk berubah..
lebih sopan.. alhamdulilah.. meskipun semntra dia telah berubah..
moga ke arah kebaikan.. solat skrng betul2 ikut masa, kadang aku pula
yg tersegan sbb slalu sajer melewatkan solat..

adik ku bgaikan canvas putih yg telah di corakkan dgn indahnya,
Ya Allah peliharakn lah keluarga kami yg serba kekurangan yg sering lupa
pada ajaran mu, moga kami mendapat keberkatan dariMu.. 
jgn lah kau jadi kan kami alpa dan sombong dgn apa yg kami ada
amin ya rabulalamin


me and upal(we call him ustaz kecik ehe)

.:. that's it for now titik .:.  



Monday 5 December 2011

.:. sepetang di kolam pancing .:.

pagi ahad yg lepas.. jiwa aku masih terasa kosong.. isnin da mendekati,
tapi kaki terasa berat melangkah ke ofis..
terasa ingin lari dari masalah sbb aku x nak tahu apa kesudahannya..
 
pd hari yg sama,
si dia mengajak aku ikut dia memancing.. hurm aku suka ikut org g memancing
aku bukan reti memancing tapi boleh jer duk diam tunggu ikan sangkut..
dlm aku tgh duduk termanggu tunggu ikan, aku perasan byk sgt
persamaan antara memancing dan kehidupan.. antaranya
 
tali pancing kalau di tenung tanpa berkelip mesti akan buat kepala png dan mata berair, maka sama jugak dgn masalah.. lagi di tenung lg serabut..
dari di tenung baik cuba cari solution masalah dan pada masa yg sama
nikmati apa yg berlaku di sekeliling kita..

memancing perlukan skil dan keyakinan.. 
ada cara utk taw samada ikan da mkn umpan ker x, kalau kita cepat perasan untung 
la, kalau lambat melepas la.. kehidupan jugak mcm tu, dlm kerja 
perlu ada skil tertentu untuk berjaya dan apa yg ptg keyakinan

dan kesimpulan yg last sekali adalah "nasib" kadang2 kita da abis guna cara
skil, umpan yg baik tapi still kadang2 ikan terlepas, kadang2 terlucut
jugak dlm gengaman.. kehidupan pun mcm tu, mcm mana bijak pun kita,
nasib ttp memainkan peranan.. ada kalanya nasib x menyebelahi kita jd
spt memancing kita kena la tarik tali pancing dan psg "umpan" baru =)

sgt sama.. pada hari tu jugak confident level aku da increase 80%
hari nie aku bekerja dgn focus pd dri sndri, x pyh nk fikir sal org lain..
alhamdulilah.. kerja hari nie sukses..
dan yg paling penting aku rasa aku da boleh bgn blk..

rezeki di tgnNya.. aku telah berusaha, selagi ada daya tidak akan aku meminta
andai tertutup pintu rezeki di sini satu hari nanti, insyallah aku akan sentiasa
ingat utk sentiasa memasang harapan baru.. seperti pancing yg dilontarkan umpan baru..

hasil tangkapan hari tu.. banyak kan? rezeki ehe 3 daripadanya aku yg tngkp..
tapi tunjuk ajar dri si dia jugak la =)

.:. that's it for now titik .:.  


Saturday 3 December 2011

.:. membina sebuah keyakinan dlm diri .:.

seakan x berdaya mengharungi dugaan kali ini.. 
badai dtg dari org2 yg aku syg dan aku rasakan rapat.. salah aku jua, terlalu mudah mempercayai.. x pernah kah aku belajar dari kesilapan yg lalu ..

berkali2 aku harus ingatkan diri.. 
jgn mudah mempercayai kawan..
jgn buta membezakan sahabat dan kawan..
kenapa perlu mengasari ketika berbicara.. andai soalan di tanya dgn cara yg
baik adakah rugi anda membalasnya dgn cara yg baik..
sbg kawan kita harus la membela andai kawan di timpa masalah
bukan tambah mencela..

keyakinan dlm diri ku makin pudar dgn situasi ini..
di tambah pula dgn masalah kerjaya.. berlaku salah faham dan juga
ada di antaranya "ya" berpunca dari silap ku sendiri..
aku cuba hadapi.. mengaku apa yg slh dan menjelaskan apa yg 
kabur.. tapi bukan sng membina keyakinan pd org lain,
apatah aku sendri sudah  hilang keyakinan pd org di sekeliling ku,
dan yg paling teruk aku sendri sudah hlg keyakinan dlm diri aku sendiri..

aku cuba bangkit tapi terasa sukar, family tiada di sisi untuk menyokong..
apakan daya aku x pasti bagaimana nk bertarung..
perisai apakah yg harus aku gunakan untuk aku hadapi semua nie..
aku berdoa moga di permudahkan urusan olehNya..

pernah aku cuba luahkan perasaan ini pd seseorang, tp mungkin dia
da x mampu mendengar masalah aku lagi..
aku x nak akhirnya aku end up bergadoh dgn dia semata2 kerana masalah aku..

jadi conclusion nya aku simpan semua sendiri..
biar x ada yg tahu..
saket atau senang biar la tangung sendiri..
kerana ramai yg boleh berdiri sebelah kita saat kita ketawa,
tapi x ramai yg mampu bertahan di sebelah kita saat kita menangis..

.:. that's it for now titik .:.  

Saturday 1 October 2011

.:. Tiada Apa Yang Pasti :.

Dlm kehidupan, aku sbg perempuan sgt cuba memahami isi hati 
LELAKI!
berbagai cara yg aku bt bg memahami mereka.. 
bca buku, bca blog, bca artikel, tgk bln kelahiran.. x mampu nk senaraikan lagi la
terlalu byk ..

tapi sering kali aku berdepan sgn situasi yg aku rasa aku
jumpa jln mati.. dalam erti kata lain CLUELESS ..
bila kawan aku berdepan dgn masalah dgn pasangan mereka, aku cuba bg nasihat sebaik 
mungkin.. berbagai2 cara dan nasihat yg aku beri.. dan dlm byk2 ayat
satu perkataan yg aku akn sebut "sabar"..
tapi kini bila aku sendiri berdepan dgn situasi.. aku simpan kemas2..
tak mahu luahkan pd sesiapa.. 
dlm diri cuba aku nasihatkan dri sndri tapi aku x reti nak 
nasihat dri sendiri.. habis idea ker aku nie..
bagi aku tiada apa yg pasti...
yg berkahwin belum tentu kekal..
yg bercinta belum tentu bersama..
yg membenci belum tentu akan benci slamanya..
yg sunyi x akan sunyi slamanya...
meskipun tiada apa yg pasti..
tp aku pasti yg aku menyayanginya...my En biskut..
.. hnya dia dan tiada yg lain..
meski ada rintangan.. meski kadang2 hati terluka..
aku anggap itu sbg asam garam kehidupan..

dan meskipun tiada apa yg pasti..
aku pasti tidak akan putus berdoa kpdNya moga dipermudahkan
amin ..


 

Sunday 4 September 2011

.:. persahabatan .:.

dulu.. dia seorang sahabat yg paling aku syg..
mungkin kami salah percaturan hingga menyebabkan persahabatan kami putus..
aku masih mahu dia menjadi sahabatku.. mampu ke aku betulkan keadaan?
kerana aku taw ini semua berpunca dri salah paham.. dan ego yg menyebabkan
persahabatan nie lambat nk di pulihkan..
aku dan dia .. dua2 bersalah.. 

terasa mcm nk jer membiarkan persahabtn tu berkubur, tp hati mngatakan JANGAN!.
terasa ada benda yg perlu di jelaskan..
dia pernah menjadi sahabat yg baik..
dan dlm segalan perkara sering memberi sokongan..
andai aku undur diri dan mengambil jln tengah..
mungkin aku akan menyesal.. menyesal sbb tdk prnh taw apa punca
sebenar persahabatan kami rapuh..

mungkin aku akn rasa menyesal cari dia.. cuba nk pulihkan blk..
tp aku mungkin akan lg menyesal kalau aku x berusha waima sedikit pun
utk cuba pulihkan..
aku bukan jns org yg suka give up! lagi2 bnda nie jd sbb slh phm yg x berasas..

dlm ati suspen.. tp nnti nk cuba jugak..
if x berjaya.. hey! at least i did try kan?
moga2 yg salah dpt di perbetulkan.. yg keruh dpt di jernihkan..
amin~



friendship ~ a building contract u sign with laughter & break with tears..

.:. that's it for now titik .:.

Thursday 25 August 2011

.:. ketenangan yg dicari .:.

di sbbkan masalah yg melanda baru2 nie.. mata aku yg comel2 cam anime
da bertukar jadi cam mata panda.. dlm erti kata lain bengkak..
hati pun bole thn jugak bengkak tp x nmpk kan, x salah kalau menagis
utk luahkan rse yg terpendam utk hilangkan rasa berat di hati..
tapi.. INGAT! ia menjadi salah kalau 
kita nagis berhari2 lebih dri seminggu da kira kronik..
tandanya kita sdg menyiksa jiwa sendiri..

hidup jgn harapkan org lain je yg gembirakan kita.. selama nie aku pndai
gembirakan ati org lain, jadi aku yakin aku mmg boleh 
happykan hati aku sendiri..

kegagalan bermakna anda belum berjaya lagi..
lagipun sejak kejadian x byk perubahan sgt..
tp ada la jugak yg terasa lain.. boleh ke menharap lagi?
x pasti..

apa yg penting ketenangan yg dicari..
mood rasa mcm nk pergi sg yg x der org..
berendam dlm air sg yg sejuk.. 
mesti tenang sgt2..

ada uma sndri kena wat kolam nie..
rase cam pns jiwa jer ngan husband maka..
BERENDAM! ehe
berendam mandi x per.. jgn berendam air mata



paper pun smile is da best medicine oke!
sukses;)


Saturday 20 August 2011

.:. tamat sudah sebuah harapan .:.

kerana memegang pd janji, aku turutkan dan ku tunggu dirimu,
tp syg janji tinggal janji.. benar kata orang manusia mmg sering lupa dgn apa yg di
tuturkan.. jujur hati ku luluh.. tp apa kan daya, aku x mampu mengubah realiti.

satu harapanku, jangan mempermainkan hati ku.. kerana aku tdk sekuat yg di sangka..
aku lemah.. hati aku tewas dgn perasaan.. bagai membuka pekung di dada,
tp mmg aku org yg betul2 mudah terluka..

jikalau dari mula yg kau inginkan hnya bersahabt dgn aku, kenapa perlu 
engkau bersikap sedemikian..

aku bukan penghibur di kala kau sunyi.. 
hidup nie ada qada' dan qadar'.. aku terima .. redha..

i'm not saying i have nothin', im not saying that i'm gone completly, 
its just sometimes it's all a bit too much..
i'm not going to do anythin stupid b'coz i know it will get better,
it has to right?

but for now, juz 4 now it hurts..



.:. that's it for now titik .:.

Wednesday 10 August 2011

.:. rumah orang tua Al-Ikhlas .:.

sabtu yg lepas, aku ada mengikuti satu prog. amal, ke rumah orang2 tua Al-ikhlas,
dekat dgn cyberjaya, cadangan utk buat gotong royong dan berbuka kat sana sekali.
kat sana aku lihat penghuninya banyak lelaki dari perempuan.
ada yg sgt uzur, dan ada jugak yang masih sihat walafiat..
terukir senyuman di bibir mereka ..
ada diantara kami yg membawa anak, lagi la seronok nenek dgn atuk kat situ,
mungkin sbb x pernah ada cucu, ataupun cucu da lama x dtg melawat..
kat sini aku bukan nak persoalkan kenapa ada yg sanggup tinggalkan 
family diorang kat sana..
bagi aku semua da besar.. matang da taw mcm mana nak bls jasa mereka kan?
x perlu nak di didik atau di tegur, tepuk dada tnya selera ;)


ada sorang nenek nie, asyik nyanyi jer sepanjang masa..
masih aku ingat satu baris lirik yg dia nyanyi.. "syukur.. ikhlas..alhamdulilah"
terasa kecil sgt diri masa tu, meski pun di sini, tnpa keluarga, mulutnya x henti2 mengatakan syukur..
  
prog. kami alhamdulilah berjalan lancar.. byk pengalaman dpt dikutip di sini..
sebelum balik ada di kalangan mereka yg suruh kami berjanji 
utk dtg melawat mereka lagi..
hopefully ada rezeki kitorang dtg lagi yea atuk dan nenek ;)


thanks to isaac family <3

.:. that's it for now titik  .:.

 

Friday 5 August 2011

.:. ramadhan yg mulia .:.

pejam celik ramdhan dah pun tiba ;) selamat tahun nie sempat ganti puasa..
kalau x menimbun2 la fidyah yg perlu di bayar.. alhamdulilah sempat ganti tahun nie..
pengalaman berpuasa di tempat baru x byk sgtr cabarannya, sbbnya semua melayu, jadi taw adab dan tertib tyme bulan puasa nie..

teringat dulu zaman bekerja di osim di pj, menjadi satu2nya melayu yang bekerja di bawah syarikat cina, 
besar cabarannya.. almaklumlah, diorang x taw mcm mana cari kita berpuasa..;)
ada jugak antara mereka yg belikan kfc set utk aku tyme bulan puasa ehe, katanya "ayam u simpan utk berbuka, so u bole mnm air dulu "
ehe terpaksa la aku terangkan, yang bukan makan sahaja, tp minum pun x bole..
ya mereka terkejut, mcm x percaya jer muka diorang.. tp sy ckp ktrng da biasa.. x der rasa beza pun.. cuma letih jer kekadang..


kami berbeza budaya dan agama, tp mereka cuba blaja memahami..
dan aku juga cuba memahami cara mereka..
bekerja di sini mmg sgt best! byk sgt bahasa pelik yg aku blaja..
plus dorang ajar aku ckp mandarin.. sbb mostly meeting bos mmg ckp bahasa mandarin pun..
so aku sorang jer yg slow skit nk phm.. almaklum la,, x der basic skola cina ;)
 
end of ramadhan aku resign from osim, yup tinggalkan company tu x sedih..
tp tinggalkan kawan kat sana.. hurm that is da hardest part...
da mcm family, but still i need to move on, ada cita2 yg belum di capai..
jadi ramadhan yg lepas officialy aku resign frm osim,
but still ktrng masih lagi rapat smpai sekarang..
ehe itu la gunanya facebook ;)
 
 
that's it for now .:. titik .:.

Thursday 4 August 2011

.:. firman-kehilangan .:.

Lirik Lagu Firman-Kehilangan
Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan kusia-siakan kamu lagi

Kembali ke Reff

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan kusia-siakan kamu lagi (2x)


lately fall in love pulak dgn lagu nie, group firman.. sekali dgr mcm group radja jer
suka lirik dan melody nyer.. byk makna ;)

that's it for now .:. titik.:.



Wednesday 3 August 2011

.:. seribu rahmat .:.

seringkali bila aku di landa masalah.. aku akn termenung memikirkan apa silapku, kenapa aku.. sering kali terasa penat sgt dgn dugaan yg menimpa, hidup nie penuh dengan ujian.. ujian itu yg sering buat kita patah semangat dan dalam rasa yg marah kita salu bt keputusan yg bodoh, menyalahkan diri sebaik mungkin kerana terasa itu saja yg mampu aku lakukan.. 

baru2 nie aku ada menghadiri kenduri tahlil, sambil mendengar lunakan org membaca yasin aku masih lagi terus memikir masalah yg aku hadapi, di dalam masa yg sama ku tenung atuk dan nenek ku.. mereka da sgt berumur dan dari kecil mmg aku di besarkan olah mereka. tetiba terasa satu kesyukuran, ya. aku masih ada mereka, mereka masih utuh dan setia bersama ku, masih lagi menemani aku yg sudah teramat dewasa nie..

kenapa tidak aku bersyukur.. asyik memikir masalah sehingga terlupa nak hargai nikmat di depan mata.. aku alpa, hambaMu yg sering alpa dengan kurnianMu.. kalau kenikmatan yg diberi olehMu kuhitung maka x tertanding dengan ujian yg diberi olehMu..kini baru ku betul2 sedar, yg aku perlu sentiasa berusha utk menghargai dan bersyukur dgn apa yg ada, tp x semestinya maksud bersyukur dgn apa yg ada tu bermakna kita x payah berusha dan redha jer kan.. kita harus berusha menyelesaikan masalah kita dan setrusnya bertawakal, jika itu yg tertulis untukku aku redha dgn pemberianMu..


Saturday 2 July 2011

.:. kesah bersama en biskut saie .:.

en biskut.. hurm siapa dia yea.. satu nama unik khas yg ku berikan pdnya bg memadankan dgn character nya..
kitorang da lama berkawan tp rapatnya baru sekarang.. aneh kan.. itu la salah satu kepelikan yang aku sendiri x reti nak jawab.. 

jujur aku nie seorang yang sgt susah nak percaya cakap LELAKI haish soory yea.. tp byk sgt keraguan mungkin berpunca dari pengalaman yg lepas2.. di tipu dan di tipu lagi.. sbb tu sekarang masih SINGLE ehe.. but still im happy, sekali sekala ada jugak rasa sunyi but still tak banyak yang nak aku pikirkan ;)
tapi sejak rapat dgn En biskut.. aku jadi banyak memikir.. yang mana memikir nie bukanlah perkara yg aku suka buat unless perlu.. tp still aku pikirkan sal dia.. cara dia.. perbuatan dia.. haish naper naper ntah.. dulu bukan heran sgt nak main msg, tp sekarang.. ari2 kalau boleh nak buat report lengkap sal diri ku.. ahaha..

bila kami keluar, aku rasa happy jer and yg plg penting rasa secure, which is very rare for me kan? sehingga saat ini aku masih memikirkan en biskut :)..  memikir dan terus memikir dlm diam menyimpan rasa..

kenapa diri terasa ingin memiliki secara tiba2.. kenapa terasa diri ingin menjadi satu2nya nya wanita dlm hdpnya.. jawapanya .:. aku pun tgh pikir smpai sekarang ehe .:.




that's it for now .:. titik .:.




Friday 24 June 2011

.:. sedikit tgg diriku .:.

salam...
hye kalian.. aku baru lagi berjinak2 membuat blog nie..
create account da lame, tp x publish apa2 pun sbb x brape cerdik sgt..
so kena byk blaja setting2 dia semua ;)
nie kira 1st attempt la, 1st time nak tulis x terkuar apa2 idea pun..
aneh jugak sbb pd dasarnya otak aku jns ligat memikir..
mgkn terlalu memikir apa yang nak tulis smpai kan jadi "blank"..
kemudian aku menung pikir punya pikir.. maka lantaklah..
ku tulis la apa yg aku suka.. itu la tujuan blog kan.. bebas berkata apa dlm diri
dan kalau boleh x nak diadili ;)
secara ringkasnya pengenalan diriku.. namaku norziela hakim..
byk da nickname yg dpt dri nama sependek nie,
dan umurkuu ermm boleh tahan la berumur ;)..
sekarang sedang bekerja di dataran maybank bangsar.. ini kerja ke 6 dlm masa 3 thn..
huhu dasyat kan, sek tukar kerja jer.. tp kalau x cuba x taw kan..
hidup kena jangan cepat selesa.. cari yg terbaik tuk diri kita.. ;)



haaaa nie la geng2 bas sekolah ehe.. dlm erti kata lain nie la geng ofis di etiqa..
disebabkan tinggi melampai.. so aku posing belakang2 sikit la..
sajer x nak duk depan nanti ada x masuk frame..
so total kerja sini da ermm hampir masuk 7 bulan..
bagi kategori tukar2 kerja cam aku, nie kira da pencapaian abis baik da..
kerja di sini x memberi kepuasan, cuma environment dia buat kita rasa happy ;)
nak kerja rase x bosan, dan a place to call my 2nd home..


thats it for now.. .:. titik.:.